Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Iktibar Dari Tsunami Jepun

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Jom kiter baca..yg saya ambil dri iluvislam.com

11 Mac 2011 lalu, seluruh penduduk dunia gempar. Jepun dilanda gempa kuat, berkekuatan 8.9 pada skala Richter.Gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan 125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira 380 kilometer ke timur laut Tokyo. Bandar Onahama di utara Jepun kemudian turut dibadai ombak tsunami setinggi enam meter.

Selepas itu diikuti dengan letupan reaktor pertama di nuclear power plant pertama di fukushima pada hari sabtu (jepun ade 2 nuclear power plant, di mane setiap power plant ade 6 unit reaktor) dan pada hari ini, baru sahaja tadi jam 11 jepun, reaktor ketiga pada nuclear power plant yang sama telah meletup. di kedua-dua letupan, radioaktif tersebar ke udara dan ianya merisaukan semua orang di sini walaupun kadar radioaktif yang tersebar tidak membunuh. sehingga kini, dalam 160 orang dianggarkan telah terkena kesan radioaktif tersebut.

Sebagai mahasiwa yang cakna dengan keadaan semasa, saya tampil untuk rasa bertanggungjawab membawa para pembaca khususnya mahasiswa untuk buka minda, buka mata dan buka hati mengenai isu ini. Pertamanya saya ucapkan takziah kepada rakyat Jepun yang menjadi mangsa gempa bumi disana.

Apa yang mengejutkan kita, sebuah negara yang sangat terkenal dengan teknologi yang sarat tidak dapat mengesan kehadiran amaran tsunami kali ini. Siapa sangka sebuah negara maju yang memiliki pelbagai jenis teknologi tidak mampu menandingi kuasa Allah. Firman Allah :

"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"' [ Al An'aam:73]

Jika satu masa dahulu kita mengambil Jepun sebagai salah satu negara yang mengamalkan sunnah nabi walau tidak beragama namun sekarang jelaslah bahawa betapa pentingnya agama perlu ditekankan dalam sesebuah negara. Penting sekali penghayatan dan pengamalan oleh pemimpin sebuah negara itu sendiri.

Namun, mengapa kita sibuk-sibuk mahu masuk campur hal negara orang lain? Jagalah kain sendiri. Malanglah yang memikirkan perkara sebegini. Dan saya rasa amat sedih dan kecewa sekali bilamana tragedi ini seolah-olah menjadi satu gurauan sesetengan manusia yang tidak empati dengan jiran kita.

Akhbar Berita Minggu 13 Mac 2011 di halaman 24, kartunis Zoy melukis kartun Ultraman yang lari bertempiaran dikejar ombak Tsunami gergasi 11 Mac lalu. Itukah tanda keprihatinan kita? Sehinggakan aksi ini telah disiarkan disiaran di CNN iReport iaitu cabang citizen journalism milik CNN. Sungguh menjengkelkan dan memalukan bukti betapa tidak sensifnya kita.

Dalam kesibukan dunia mengenai gempa bumi ini, kerajaan Malaysia amat prihatin sekali di mana, buletin di televisyen berbicara mengenai implikasi bencana besar di Jepun itu kepada pasaran saham di Tokyo serta implikasi kepada kedudukan pasaran saham global termasuk Kuala Lumpur. Tanpa sensitiviti yang paling minima atas dasar kemanusiaan, Dato' Mukhriz Tun Mahathir menyatakan harapannya agar Jepun segera memulihkan keadaan ekonomi serta pasaran sahamnya dan mudah-mudahan ia tidak berjangkit ke pasaran saham di negara kita.

Tiada kenyataan rasmi Perdana Menteri kedengaran, laporan ala kadar terhadap bencana luar biasa ini terus dihalakan pada soal ekonomi. Bukan ekonomi Jepun, tetapi kepentingan negara kita, rakan niaga setia negara matahari terbit itu dari dahulu lagi. Itulah bukti keperihatinan kita. Agungkan?

Dan paling mengharukan masih ada golongan yang belum nampak tanda-tanda atau amaran Allah ini, malah menyifatkan gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut Jepun kepada pembangunan pesat dan perubahan iklim dunia. Apakah?

Bukalah mata wahai seluruh rakyat Malaysia. Tragedi hari jumaat lepas bukanlah tregedi luar sangkaan tetapi itu adalah perkara yang telah Allah aturkan. Di mana kita perlu melihat bahawa kejadian ini dipenuhi dengan pelbagai peringatan. Awas kita sebagai umat Islam atas peringatan Allah yang berbunyi :

"Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah (jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi." (Al-A'raaf 98-99)

Mari kita ambil iktibar atas kekuasaan yang telah ditunjukkan. Percayalah tiada perkara yang amat penting baik kepada pemimpin golongan atasan atau hamba golongan bawah selain takwa kepada-Nya. Jangan khuatir kita mundur dari kemodenan, jangan gusar dengan kejatuhan ekonomi, jangan khuatir dengan prestasi negara yang merudum.

Hal ini kerana dengan mengambil Islam secara keseluruhannya, sesebuah negara pasti akan gemilang. Ambillah contoh bagaimana Nabi memberi contoh dalam mentadbir sesebuah negara dan bagaimana cemerlangnya sebuah tamadun khulafa Ar-Rasyidin satu masa dahulu. Mereka telah menunjukkan indikator terbaik buat kita semua supaya bisa belajar dan mengambil iktibar daripadanya.

Tsunami di Jepun bukti Kiamat Semakin hampir


Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela

2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.

3. Bermaharajalela alat muzik.

4.Menghias masjid dan membanggakannya.

5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.

8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

12. Orang akan melakukan homoseksual.

13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.

14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi TSUNAMI JEPUN dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena Retrograde Motionyang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

Gempa Bumi Jepun: Rakyat Malaysia Selamat

Seratus rakyat Malaysia yang berada di wilayah Miyagi, Iwate dan Aomori, iaitu tiga wilayah yang teruk dilanda gempa bumi di Tokyo disahkan selamat, demikian menurut Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo Ahmad Rozian Abdul Ghani.

"Pihak kedutaan telah menghubungi rakyat Malaysia di sini dah sahkan mereka selamat. Tidak semua dapat kita hubungi kerana ada antara mereka pulang bercuti ke Malaysia atau wilayah berhampiran ekoran cuti semester ketika ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Daripada jumlah itu, katanya 67 orang adalah pelajar, 43 di universiti di Miyagi, 18 di Iwate dan enam di Aomori.

Pelajar dan rakyat Malaysia juga telah sedia maklum langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan seperti hadir ke pusat-pusat evakuasi yang disediakan pihak kerajaan tempatan seperti yang sentiasa dimaklumkan kepada mereka sebelum ini, katanya.

Laporan media asing berkata gegaran gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter melanda timur laut Jepun menyebabkan bangunan-bangunan di Tokyo bergegar dan bergoncang selama beberapa minit, memaksa orang ramai meninggalkan kediaman masing-masing.

Berikutan itu amaran tsunami telah dikeluarkan di beberapa buah negara termasuk Filipina, Indonesia, Papua New Guinea dan Fiji.

Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong yang berada di Tokyo untuk tugasan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) berkata gempa kuat itu telah menyebabkan beratus-ratus ribu pengguna komuter terkandas di stesen kereta api bawah tanah berikutan perkhidmatan itu ditangguhkan.

Restoran berhampiran stesen kereta api sesak dengan kebanjiran penumpang kereta api yang mendapatkan perlindungan daripada cuaca sejuk, katanya.

"Orang ramai berbaris panjang untuk menggunakan telefon awam selepas talian telefon bimbit mengalami kesesakan," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama.

Yong berkata kedutaan Malaysia di Tokyo kini bekerja bertungkus-lumus untuk memastikan keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia di sana.

Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Shaharuddin Md Som dilaporkan sedang menghadiri seminar ketika gempa itu berlaku dan bergegas pulang ke kedutaan untuk memantau operasi.

Banyak gambar dan fail di pejabat kedutaan dilaporkan jatuh ke lantai ketika gempa kuat itu berlaku.

Sementara itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata kedutaan Malaysia di Tokyo akan meneliti perkembangan bencana itu dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Jepun untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung gempa tersebut.

"Tiada laporan berhubung kematian di kalangan rakyat Malaysia setakat ini dan semua pegawai kedutaan dan keluarga mereka dilaporkan berada dalam keadaan selamat," kata kenyataan itu.

2011-2018 Copyright© All Rights Reserved Designed by : nur atikah