Sye kne tag..

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Thanks to syaza @ syafiqah coz tag pasal bnda ni..

To join this..you must follow this rules:

  1. You must post this rule
  2. Each person must post 11 things about themselves in their journal
  3. Answer the question the tagger set for you in their post. And create 11 new questions
    for the people you tagged to answer
  4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post
  5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
  6. No tag back !
  7. No stuff in the tagging about section " YOU ARE TAGGED IF YOU
    ARE READING THIS " YOU LEGITIMATELY ( a.k.a REALLY, TRUST,
    WITH ALL HONESTY ) have tagged 11 people

11 things about me:

Nur Atikah Binti Muhamad Sukri
From Kelantan
18 Years Old(always young)hehe
Single is better
Study at Matrikulasi Penang
Height: 157cm
Caring girl,searching 4 the 'TRUE' love(not kapel2,think urself)
Lives in penang
Dont like 'ANON' people
Dont like 'hipokrit' people
Love blogging

*Question from syaza:

1.Ape yg korg ske buad time cuti ?

2.Korg ske jenama ape ?

3.Dari mne muncul minat utk buad blog ?

4.Subjek pe yg korg ske ?

5.Hadiah pe yg pling korg syg sempena besday korg ?

6.What chocolate u most like ?

7.Da tuka fon bpe kali & knpe ?

8.Filem pe yg korg rse best ?

9.Ske ber-shopping ?

10.Adekah anda anak manja ?

11.Last, ape impian korg ? t'ingin nk thu

*My Answer
*Bile cuti suke online je mmanjang..n mkan tidur..
*Jenama??not a branded..:)
*First bt blog saje2 je..tp lame jdi addicted..
*Subjek yg plg suke BIOLOGY(tp xley nk score)
*Ape2 aje..asalkan ikhlas
*Cadbury
*2 kali kot tuka fon..
*Filem yang best..boys over flowers..~ngee~
*Of course ske shopping
*Manje la jgk..ank slung kan
*impian.. *shh*

*Questions from Nur Iman

1.What's ur nickname?
2.Do u like cat?
3.What's ur favourite movie?
4.What r u doing now?
5.Do you love 'Korean'?
6.Where r u lives?
7.What's ur favourite colour?
8.Why r u like blogging?
9.Who's ur idol?
10.What is ur dream?
11.What things that you like the most?


i want to tag:


sya

syiera

samirah

nadya

nadhirah

fiqa

eyka

neyna

izyan

eyla

puteri

1000th followers


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

*just a simple post *


Thank you for all my followers..4 ur support..

thats my 1000th followers..thanks to Nor Sharul Atikah..:)..
but i dont know her link..if anyone knows..please tell me..

*going to sleep..goodnight all my friends*

Maaf, Ini Adalah YangTerbaik

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya... All the best in everything you do... Jaga diri & iman baik-baik yea~...
-Amin, UK-"

********************************************************************

Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni... Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.

Adakah dia sudah ....? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ....

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan jugafriendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.

Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku...

Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm... Islamik sket la pendek cerita!."

"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.

"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.

Erk... Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!

"Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya..." Amin cuba menyedapkan hati.

Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'

Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.

Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.

'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.

"Esok free tak? Boleh kita chatting?"

"Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday' aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.

"Ok.Tq..." balasnya pula.

Keesokannya, aku menanti awal dia online.

'Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in.

Oh, tepat sungguh waktunya...

Amin: assalamualaikum wbt.

Wani: wsalam...

Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak?

Amin: alhamdulilah... baik2 juga... iman selalu turun naik sejak kebelakangan ni... tp takpe, ok je semua

Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week...

Amin: welcome... tak balik. byk kerja sket tahun ni... lagi pun saya nak try bekerja... cari duit...

Wani: wah, rajinnya... baguslah!

Amin: hurm...

Amin: study macam mana?

Wani: ok je... new sem ni berat sket.. Jadual pack.

Amin: oic...

Amin: takpe, study rajin2 ye..

Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya...

Amin: hurm...

Wani: apa dia? tanya la... sila2..

Amin: 1st of all sorry dulu ye... hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

Wani: erh... macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'... tak lebih daripada tu... tp, special sket... tiada couple-couple mcm org lain... declare pun tak kan?

Wani: so, statusnya kawan je la...

Amin: hurm...

.....

Wani: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj... yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..

Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya...

Wani: jadi...

Amin: saya rasa kita harus stop... stop untuk berpisah...

Amin: sbb......

Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru...

Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai... zina hati akan banyak berlaku...

Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'...

Amin: huh...

Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai... tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat...

Amin: kononya Islamik...

Amin: saya rasa cara ni tak betul... kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam... then, org nampak Islamik...

Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber'couple2' nieh..

Amin: hurm.....

Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah...

Amin: demi menjaga diri...& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi...

Amin: sorry... sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat...

Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya...

Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan...

Astaghfirullahalazim... Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi... Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi...

Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa...

Cinta hakiki hanyalah pada Allah...

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.

Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.

Aku terus menjawab ringkas....

Wani: thanks & sorry too... saya terima... Alhamdulillah...

Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.

Wani: wassalam.

Signed out

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya... Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi... Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.

"Sayang... Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai." Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.

"Ya bang, Wani turun..."

Alhamdulillah... Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan 'presentation' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program 'Belia Negara 2057' esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.

credit to:iluvislam.com

Like this story

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

assalamualaikum awak .

awak , saya minta maaf atas segalanya . mungkin ini khilaf saya . saya tak tahu , saya harap sekarang awak bahagia . awak , awak ingat tak masa first time kita kenal ? yea , saya akui , saya memang tak pernah jumpa awak . kita kenal dekat cyber jea . masa tuu , kawan awak yang merupakan member kelas saya , bagi number saya dekat awak . kita masing-masing dalam tingkatan 1 . awak ingat lagi kan ?

huuu , masa tuu , awak beriya-iya nak kenal dengan saya . awak selalu hantar mesej , awak selalu call saya . tapi masa tuu , saya bukan jenis yang suka berkawan dengan lelaki . saya tak suka dibayangi lelaki dalam hidup saya . saya pernah couple tapi lepas tuu saya clash , ada sebabnya . sejak tuu saya tak nak berkawan dengan lelaki . tapi awak tak putus asa . awak asyik hubungi saya . even kita tak pernah jumpa , awak selalu kata yang awak nak sangat-sangat kenal dengan saya . maaf awak , masa tuu saya takda perasaan dekat lelaki . saya cuma bergaul dengan budak lelaki dalam kelas , itu pun sikit-sikit , saya cuma bergurau dengan lelaki , yang ada pertalian darah dengan saya .

awak tetap degil . saya terus-menerus biarkan awak . saya tak pedulikan awak langsung . setiap kali awak call , saya off handphone . tapi lepas tuu awak tukar number lain , awak kacau saya lagi . banyak kali awak buat macam tuu . saya pun tak tahu apa tujuan awak . saya teringin nak tanya , tapi tak pernah . sebab saya jenis yang suka pendam perasaan . lidah saya kelu bila bercakap dengan awak : /

kadang-kadang awak mesej saya berkali-kali , sampai saya rasa nak layan jea . tapi saya tahan . lama-lama saya tak boleh dah . saya bengang dengan awak . saya marah awak , saya tanya kenapa awak kacau saya . awak diam , tapi seminggu lepas tuu , awak mesej saya semula , dengan letak smiley pelbagai . eyh , awak tak marah saya ?

saya pun biarkan . dalam hati saya tertanya . siapa awak nie sebenarnya ? akhir sekali saya mengalah . setiap kali awak mesej , saya balas . setiap kali awak call , saya angkat . kadang-kadang saya sendiri yang mulakan mesej dengan awak . saya tak tahu kenapa . ouh , baru saya tahu . awak pelajar maahad tahfiz sains yang khas untuk lelaki jea . saya jadi kagum , dalam hati jea laa . saya tak reti berkata-kata sangat . tapi kemudian saya tertanya-tanya . kenapa dengan awak ? tak betul dah ke ? takkan pelajar maahad tak tahu hukum agama ? mana boleh bergaul rapat dengan perempuan ajnabi melainkan ada hal tertentu yang penting . .

saya jadi keliru . tapi saya biarkan perasaan tuu berlalu . kita terus contact . dari handphone , tukar ke friendster , tapi saya tak ingat sangat pasal tuu . yang saya tahu , awak suka mesej saya , hantar ayat-ayat yang sweet . saya pun layan jea laa . sebab saya anggap awak kawan saya , sebab saya memang takda perasaan pada awak ; )

akhir tahun tuu , kita jadi rapat semacam . saya rasa biasa jea , takda apa yang pelik . tapi bila naik tingkatan 2 , saya jadi bingung . awak menghilangkan diri . awak tahu tak ? saya masih ingat lagi . 11 februari tuu , birthday awak kan . saya wish awak segala bagai . kita mesej seharian hari tuu . tapi kemudian , kita terus lost contact . awak langsung tak hubungi saya . dan saya pun , almaklumlah jenis yang malas nak hubungi lelaki nie . jadi saya diamkan diri jea . saya biarkan awak .

tapi dalam hati . diam-diam saya rasa saya dah mula sayangkan awak . saya terus nafikan . saya tak boleh ada perasaan macam tuu . saya tegaskan pendirian saya . saya masih budak-budak lagi , saya bukan sembarangan perempuan , saya dah dididik dalam keluarga yang ada agama . percintaan sebelum nikah adalah haram . dan lagipun saya masih kecil , tak tahu apa-apa lagi , awak pun sama kan ?

saya teruskan hidup saya tanpa awak . even makin hari saya jadi makin kerap ingat awak . saya jadi keliru , tapi saya tetap teguhkan diri . saya sibukkan diri dan dekatkan diri pada Allah . saya minta jauhkan dari segala yang dilarang-Nya . alhamdulillah , usaha saya berhasil . saya langsung tak ingat dekat awak .

tapi semua berubah bila saya naik tingkatan 3 . saya masih insan yang dahulu , yang selalu buat tak endah bila lelaki nak berkawan lebih dari hadnya . saya berkawan macam biasa dengan semua orang , lelaki dan perempuan . saya rasa tak salah , selagi saya pandai jaga batas pergaulan . insyaAllah . dan fokus saya untuk PMR tahun nie .

apa yang berubah ? satu hari , awak mesej saya tiba-tiba . saya jadi terkejut sangat-sangat . saya tak faham , kenapa awak mesej saya ? saya tak balas , saya diamkan diri . tapi esoknya baru saya teringat . semalam birthday awak . saya memang terlupa langsung , tapi saya tetap tak mesej awak , saya diamkan diri jea . seminggu lepas tuu . awak mesej saya semula . saya jadi bingung . akhirnya saya balas juga mesej awak tuu . saya buat macam biasa , macam tak pernah lost contact , like always ( :

kemudian lepas tuu , kita makin rancak berhubungan semula . saya tak tahu kenapa saya rasa gembira . dalam hati saya rasa macam ceria selalu , macam biasa , saya tak tunjukkan .

tapi satu hari tuu , awak mesej saya , awak tanya . "awak dengan siapa sekarang ?" . saya pelik , setahu saya , saya pernah beritahu awak , yang saya anti-couple . hmm mungkin awak lupaa . tak apa laa . saya buat-buat tak tahu . saya balas "takda dengan sesiapa , forever alone ( :" kemudian awak tak tanya dah pasal hal tuu .

mungkin awak dah faham . alhamdulillah . tapi hati saya hancur suatu hari . malam tuu , saya tengah study . esok ada exam . saya tak layan handphone sangat . masa saya tengah study , ada mesej masuk . saya biarkan sebab mungkin tak penting . tapi hati saya memang nak baca mesej tuu . saya pun ambil handphone dan terus buka . daripada awak . saya tersenyum .

kita mesej macam biasa . namun tiba-tiba , awak mesej . "awak , awak nak couple dengan saya tak ?" . tersentap hati saya masa tuu . hancur sangat-sangat . saya fikir awak ikhlas sayangkan saya sebagai kawan . saya ingatkan awak anggap hubungan kita tak lebih daripada kawan biasa . tapi awak dah fikir jauh . awak mungkin tak sedar , saya tak suka dapat pertanyaan macam tuu . saya budak lagi laa .

saya tak balas . esoknya awak minta maaf . saya cuma maafkan awak macam tuu jea , lepas tuu kita kawan macam biasa semula . tapi diam-diam , saya dapat rasakan yang saya sayangkan awak . astaghfirullah , saya rasa berdosa sangat bila jadi macam tuu . saya cuba sibukkan diri , saya layan awak macam biasa . tapi saya tak dapat lupakan perasaan saya . saya tak tahu kenapa tiba-tiba saya jadi macam nie . ya Allah , mungkinkah iman saya lemah ?

tapi persoalan sebegitu tak timbul pada masa tuu . saya terus menerus melayan perasaan pada awak . walaupun awak tak tahu , tapi saya rasa bahagia bila contact dengan awak . saya rasa pelik sangat-sangat , kita tak pernah berjumpa pun , kan awak ? hmm . tuu laa masalah anak remaja zaman sekarang . sampai saya pun terlibat . . saya tak tahu nak kata apa .

satu hari tuu kan , saya stalk facebook awak . saya tak tahu kenapa saya buat macam tuu . ish jahatnya sayaa . lepas tuu . saya tengok album profile picture awak , saya tahu awak handsome , yeah tapi saya tak kisah pun semua tuu . saya dah lama kenal awak , kan ? bila saya scroll down page tuu , saya tengok semua comment dekat album tuu . saya click salah satu gambar , kalau tak silap saya , gambar last dalam album tuu . tiba-tiba saya jadi bengang . awak main comment dengan seseorang , dia perempuan . awak bincang dengan dia tentang seorang gadis yang awak minat , gadis tuu kawan dia . seingat saya nama dia athirah , maaf kalau saya silap . hmmm , awak tak kenal dia sangat , tapi awak nak berkenalan dengan dia lebih rapat , awak kata awak suka athirah tuu .

serta-merta saya jadi cemburu , dalam otak saya dah fikir macam-macam . pelajar agama pun playboy ke , tak sangka langsung . awak nak saya , dia pun awak nak jugak ? saya tak tahu kenapa saya tak dapat kawal diri saya . saya hantar mesej dekat awak . "sampai hati awak buat saya macam nie , saya betul-betul tak sangka !"

tak sampai seminit , awak call saya . tapi saya tak angkat , saya biarkan jea . saya tak sanggup bercakap dengan awak . saya tahan sebak dalam dada , tapi saya tak mampu . akhirnya mutiara jernih tuu jatuh berguguran jua , saya dah tak daya nak menampung . buat pertama kali selepas sekian lama saya anti dengan lelaki , last-last ego saya jatuh di tangan awak . saya tak tahu , kenapa mesti awak ?

kemudian awak hantar mesej . "awak , angkat please , saya nak cakap dengan awak )': " . tapi saya still tak balas . saya dah menangis teresak-esak masa tuu . seandainya awak tahu perasaan saya . awak call saya lagi . sampai 6-7 kali , saya tetap biarkan . and then awak dah give-up . awak mesej saya .

"saya minta maaf if ada sakitkan hati awak , saya tak tahu apa salah saya pada awak . saya cuma nak awak tahu , saya bukan lelaki yang suka mainkan hati dan perasaan orang lain . sebab bila saya buat macam tuu , saya tahu Allah akan balas balik benda yang sama dekat saya . minta maaf , assalamualaikum"

saya biarkan . saya tidur dalam keadaan menangis malam tuu . esoknya , petang , awak mesej saya . awak tanya khabar tapi saya takda mood nak balas . malam tuu awak mesej lagi . awak call banyak kali jugak . hmm , saya pun dah fedup . saya angkat jea laa , tapi saya diam .

awak bercakap sorang-sorang . awak tak tahu kan ? hati saya bergetar dengar suara awak masa tuu . first time , padahal sebelum nie biasa jea . saya menangis , tapi saya kawal suara saya . saya cuba buat suara macam biasa . awak tak perasan ( :

kita berbual macam takda apa yang jadi semalam . tiba-tiba awak tanya , "awak , awak suka saya eyh ?" . saya terkedu . macam mana awak tahu ? tapi saya masih nafikan . saya jawab "takda laa , mana ada . haish awak nie , jangan fikir bukan-bukan" . pelik , sempat lagi saya gelak . hmm padahal nak cover tengah nangis .

tapi suara awak serius . awak tanya saya lagi . "hmm , awak sayang saya ?" saya diam . awak ulang balik soalan yang sama . 4 kali awak ulang , saya ingat lagi . saya tahu awak tak ingat . tak apa laa awak .

tapi awak ingat kan jawapan saya ? hmm . "saya tak suka kat awak laa , saya sayang awak sebagai kawan jea , kenapa awak cakap macam tuu ?" . saya masih nak menafikan . awak terus desak saya .

"betul-betul laa . saya tahu , awak sayang saya kan ? saya dapat rasa . kalau tak kenapa awak hantar mesej macam semalam . macam ada sesuatu jea" .

saya tetap tak nak mengaku . kemudian dengan alasan 'penat' , saya tamatkan perbualan .

awak tak putus asa , awak terus mesej saya lepas tuu . saya tak ingat apa awak hantar . tapi seingat saya , saya ada balas . saya kata ;

"saya hantar mesej macam tuu sebab saya ingatkan awak ikhlas kawan dengan saya , awak ikhlas sayang saya sebagai kawan and tak lebih dari tuu . saya cuma tak sangka yang awak cakap pasal couple apa semua tuu , saya tak suka . that's all , takda apa pun actually . saya minta maaf . maassalamah"

dalam hati saya Allah jea yang tahu betapa beratnya saya nak hantar mesej macam tuu . saya terus nafikan perasaan saya yang semakin sayangkan awak . saya taknak awak tahu , sebab nanti mesti kita hanyut dalam cinta duniawi . saya masih 'sedar' masa tuu , awak . lagipun kita nak PMR kan . .

namun , benteng yang cuba saya bina tak bertahan lama . awak jarang hubungi saya dah . saya rasa sepi , saya tak tahu laa , rasa jauh dari Allah . na'uzubillah . tapi masa tuu saya jadi makin leka . saya asyik teringatkan awak . saya benci diri saya sendiri bila teringat perkara tuu . how i wish i can delete it from my memory .

awak , awak tahu tak ? saya dah mula kesunyian bila awak takda . sampai suatu tahap , saya jatuhkan ego saya , saya biarkan nafsu menguasai diri , saya lemah !

saya hantar mesej pada awak , saya suarakan hasrat hati saya . saya beritahu perkara yang sebenarnya . . saya ceritakan perasaan saya pada awak . tapi saya betul-betul tak jangka . awak tak marah saya . awak cakap yang awak pun sebenarnya sayangkan saya . . saya rasa gembira sangat-sangat masa tuu . saya jadi lupa diri . rasa macam cahaya baru masuk dalam hidup saya .

2 minggu awak , 2 minggu hubungan kita . tapi kan . kita tak couple , kan awak ? kita just being platonic . lebih dari kawan , tapi bukan kekasih . saya rasa happy dalam tempoh dua minggu tuu . kita letak status dekat facebook 'in a relationship' masa tuu . ramai kawan awak add saya , tapi saya tak approve pun , saya just me'not now'kan request mereka . kawan saya pun ada yang add awak , tapi awak selamba jea approve , saya tak kisah . and awak ada cakap dekat saya , ayah awak tanya siapa saya sebab dia nampak dekat facebook awak , then awak gurau dengan ayah awak . saya pun tak ingat apa dia . .

kenapa 2 minggu ? eyh , saya kira ? 2 minggu 2 hari laa . awak mesti ingat kan ? satu hari tuu awak call saya , tanya tentang folio geografi , tapi tak sempat saya jelaskan , awak dah tutup handphone . saya rasa pelik dengan sikap awak , saya cuba hubungi awak lagi , tapi tak dapat . phone awak tak on . saya biar jea laa . taknak cari gaduh dengan awak . yeah mungkin awak sibuk . perasaan risau tuu ada , tapi saya pendam .

then suddenly awak hantar mesej lepas tiga hari . saya terkejut . awak kata .

"maaf , ana telah menyebabkan anti terjebak dalam kegiatan maksiat , assalamualaikum" .

saya directly call awak , mesej awak . tapi satu pun awak tak jawab , satu pun awak tak angkat . saya sedih , saya menangis puas-puas . pedih sangat-sangat hati saya masa tuu .

bila hati dah tenang , saya cuba berfikir dengan waras . saya tak boleh . saya jadi bengang . saya terus mempersoalkan . kenapa awak beriya-iya nak dapatkan saya , 2 tahun awak . 2 tahun ! tapi lepas tuu , awak dah dapat , awak tinggalkan saya macam tuu jea ?

kenapa awak ? apa salah saya )':

alhamdulillah , bila dah lama kita tak berhubung . saya semakin tenang . saya dapat lupakan awak . awak nak tahu ? result exam pertengahan saya melonjak naik . saya gembira sangat . markah saya meningkat mendadak daripada exam bulanan yang lepas . saya bersyukur . mungkin ada hikmah kita tak berhubung ? maybe saya lebih fokus dalam pelajaran ? entah laa . masa tuu , saya nak sangat-sangat share berita nie dengan awak . saya lupa semuanya . saya dah siap taip mesej dekat handphone saya .

bila saya nak hantar mesej tuu , saya cari nama awak , tapi tak jumpa . ouh , baru saya teringat . saya dah tukar nama awak dalam phone saya .

saat tuu , menitis lagi air mata saya , laju jea . baru saya tahu betapa pedihnya kehilangan awak . selama nie saya cuba nafikan , saya ingat 'cinta' kita yang baru-baru nie main-main jea . sebab tuu saya cuba sibukkan diri belajar , untuk lupakan awak . tapi saya tak sedar , yang saya terlalu sayangkan awak .

sebulan kita tak contact , saya mengalah , saya taknak berharap lagi . namun kehadiran awak secara tiba-tiba , menggugat sekali lagi ego saya . saya kalah . awak mesej saya , takda salam , takda mukadimah . terus lirik lagu samsons , masuk inbox saya .

"walau ku masih mencintaimu , ku harus meninggalkanmu , ku harus melupakanmu ;

meski hatiku menyayangimu , berani membuntukanmu , ku harus merelakanmu"

saya hampir tergelak dalam tangisan . sebab awak salah lirik . tapi takpa laa , asalkan maksud dia sampai . saya teragak-agak nak balas . sebab saya betul-betul nak lupakan awak . tapi , saya taknak jadi insan yang memutuskan silaturahim . jadi saya balas jea laa ~

kita mesej , tapi saya rasa awkward . entah laa awak . bila awak tanya "awak masih sayang saya lagi ?" . sebenarnya saya tak tahu nak jawab apa . tapi saya jawab apa yang terlintas di hati saya masa tuu .

"saya tak pernah berhenti menyayangi awak"

"kenapa awak sayang saya ?"

"sebab Islam yang awak pegang . and saya harap awak dapat tunjukkan saya ke arah Jannah-Nya"

awak , saya tersilap masa tuu . saya betul-betul menyesal . redha Allah hanya akan diberi pada hamba yang beriman , kan ? saya dah salah tafsir . saya ingat dengan 'bercinta cara Islam' nie boleh laa kan ? nasihat satu sama lain ke arah kebaikan . . tapi , ternyata memang salah awak . sekarang baru saya sedar .

tapi dulu , saya buang jauh-jauh apa yang saya rasa tuu . bila awak contact saya balik , saya rasa happy . kadang-kadang saya teringat semula usaha yang saya dah buat , untuk lupakan awak . tapi saya tak endahkan langsung . saya biarkan diri saya terus hanyut , dan awak pun sama sahaja !

saya pernah tanya awak . kenapa awak putuskan hubungan kita masa tuu ? awak kata sebab masa tuu awak baru balik dari kem motivasi and ibadah . awak tanya brother kat situ apa hukum couple nie . dia pun jelaskan semuanya . kemudian awak tanya macam mana nak putuskan hubungan couple tuu ? brother tuu suruh laa awak buat , yang macam awak hantar mesej kat saya tuu .

0uuh , baru saya faham . terimakasih awak ( :

bila saya cakap dekat awak , sebulan lebih kita tak contact . awak jawab . "ouh , tuu pun nak kisah ke ?"

masa tuu baru saya rasa macam baru bangkit dari mimpi . awak memang dah betul-betul berubah ke arah yang lebih baik . alhamdulillah . saya harap saya pun dapat buat macam tuu . saya akan cuba .

and then , cuti pertengahan tahun pun tiba . awak balik rumah ~

hmm , awak nak tahu ? masa malam tuu , awak dekat tuisyen . awak bagi saya number phone ibu awak . saya bergurau jea mula-mula . tapi awak bagi betul-betul . awak suruh saya berborak dengan ibu . saya ikut jea laa . tapi saya cakap sikit jea awak , saya tak reti laa . balik tuisyen , awak tanya apa jadi . awak gelakkan saya , happy sangat-sangat masa tuu .

tapi , bila awak balik . tengah malam tuu awak text saya . saya pun balas laa . kita tengah bergurau . tapi tiba-tiba awak marah saya . awak kata "apa yang awak faham haa?!! kalau tak faham cakap jea laa tak faham !!"

tersentap hati saya , awak . . saya online , saya cuba chat dengan awak tapi awak kata takda mood . hm okay fine saya taknak cari gaduh , saya biarkan awak tenang dulu . .

pagi tuu , hujung minggu saya try mesej awak . tapi awak buat tak layan jea . last-last saya pun dah malas . saya cakap "K" .

tengah hari baru awak balas . tapi saya rasa bengang , awak tahu tak . tak perlu balas kalau setakat nak cakap "buat apa nak sedih , takda kerja nak sedih-sedih nie , buang masa jea" .

awak memang tak memahami . awak memang dah jauh berubah . if awak lost contact dengan saya , saya rasa lagi senang hati kowt . so tak perlu laa awak nak perli saya sampai macam nie , kan ? ( :

saya tak tahu apa yang saya dah buat . saya ingat bila kita dah kawan semula macam dulu , macam biasa , and takda hal-hal merepek love-love nie antara kita . we can just be cool and awesome , like nothing had happened , right ? we did , yeah lepas lost contact tuu kita kawan macam biasa , macam tak pernah gaduh kan ?

tapi kenapa awak tiba-tiba jadi macam nie . . bingung saya . .

awak , awak ingat tak ? hari tuu , awak marah saya lagi . awak marah saya teruk sangat-sangat . nasib baik saya tengah duduk dengan family ramai-ramai masa tuu . kalau tak confirm air mata mengalir deras waktu tuu jugak .

masa tuu , saya start mesej . saya tanya awak , dah siap belum folio sejarah ? awak kata belum . sepuluh words saya bagi , satu jea awak balas . baik takpayah , kan awak ( :

then suddenly jea . awak hantar .

"kalau awak dah takda apa-apa hal lagi dengan saya , tolong jangan bazirkan credit awak mesej saya boleh tak ? and tolong jangan perabiskan duit makbapak saya nak mesej awak . 0kays ? "

cool ! that's it ! awesome !

that's the last message y0u had ever send to me , right ? memang saya terus naik bilik and nangis puas-puas laa . haish , sooo unmatured . tapi awak tak tahu kan ? awak tak tahu saya sedih kan ? awak tak tahu saya menangis kan ? awak tak tahu saya sakit hati kan ? and the most important thing is , awak tak pernah tahu siapa saya . . kan ( :

sejak hari tuu , saya terus decide taknak ambil tahu apa-apa pun pasal awak lagi . saya taknak terlibat lagi dalam gejala tak bermoral macam nie . cinta sebelum nikah ? astaghfirullah . semua nie hanya mengundang dosa daripada Allah . layak ke kita nie jadi hamba yang mengaku beriman kepada-Nya ?

saya terus diamkan diri , dan tak buat apa lagi . kadang-kadang saya kutuk diri sendiri , kenapa ego yang selama nie saya pertahankan , boleh jatuh dekat tangan lelaki yang langsung saya tak pernah jumpa ! kenapa ? saya tak tahu , yang saya tahu setiap perkara yang terjadi Allah adakan hikmahnya . perkenalan kita tak sia-sia awak . suatu hari nanti kita akan tahu hikmahnya . cuma masanya tak sesuai , sebab kita kan budak-budak lagi . baru tingkatan 3 laa , study dulu : /

awak . awak tak pernah tahu yang saya pernah 'lupa' pasal awak kan ? hari tuu , saya terlibat dalam incident sikit , tak serius pun tapi effect my brain a little bit . saya jadi lupa ingatan , err sedikit jea laa . tentang pelajaran alhamdulillah , semua okays . tapi nak tahu ? i lost all my memories , and everything about you .

ouh , how i wish i can go back to that time and never remember about you again . .

bila dekat sekolah jea , kawan yang dulu saya selalu cerita pasal awak dekat mereka . mesti tanya , saya dengan awak macam mana ? saya tak tahu nak jawab apa , sebab saya langsung tak ingat awak . waktu tuu saya jadi macam orang asing . blurr sangat-sangat . saya langsung tak kenal awak even kawan saya suruh saya tengok gambar awak . at that time , how i really struggle to get back my memory about 'who are you' but i couldn't . it's just too hurts maybe ?

tapi lama-kelamaan , saya dapat ingat awak semula . sikit-sikit , saya cuba mengenali awak . tapi saya tak pernah cuba contact awak semula . saya taknak menangis macam dulu lagi . saya biarkan semuanya , saya berjalan terus ke hadapan , saya tak menoleh ke belakang lagi .

saya takkan hiraukan awak lagi , biarlah awak dengan kehidupan awak . asalkan awak bahagia , saya tak kisah . i will just keep moving forward .

hari tuu , saya ada online facebook . ada banyak notification sebab saya dah lama tak buka facebook . then , saya nampak ada satu notify daripada kawan awak yang add saya . dia ada comment dekat status awak , dia tag nama saya .

awak buat status lebih kurang macam nie laa : "teringat dekat dia , menyesalnyaa . apa aku dah buat kat dia , sampai diaa . . . oh tidaakk !"

kawan awak tuu comment : " *nama saya* ?? "

kemudian awak balas : "takda laa , cantik lagi dari dia ."

masa tuu kan awak , saya tersenyum jea . tapi awak nak tahu tak ? saya tak sedar langsung air mata saya menitis . sampaikan adik saya tegur kenapa saya menangis , baru saya tersedar ( :

saya tahu saya tak cantik macam 'teman baru' awak . saya sedar saya tak layak untuk awak .

tapi awak , saya bersyukur sangat-sangat sebab Allah selamatkan saya daripada dilukai awak dengan lebih teruk .

hari demi hari , saya terus fokus untuk PMR . saya anggap apa yang awak dah buat selama nie , sebab ego awak sebagai lelaki . saya cuba sedaya upaya untuk lupakan awak .

setiap kali kawan-kawan saya tanya tentang awak , saya cepat-cepat tukar topik . at last mereka faham , dan mereka tak cerita tentang awak lagi . saya lega .

walaupun secara lisan saya kata kepada kawan-kawan saya , yang saya dah maafkan awak .

tapi dalam hati saya , Allah jea yang tahu , awak . . . maaf , saya masih tak dapat terima semua nie . saya dah cuba , tapi mungkin belum masanya .

baru sahaja tadi , awak call saya . saya tengah study masa tuu . awak call saya guna unknown number . saya angkat jea call tuu . saya ingat siapa laa , tak kenal langsung .

tiba-tiba awak suruh call balik , saya cakap "insyaAllah" . dah laa masa tuu saya tak tahu awak yang call .

saya call awak semula . saya tanya , "nie siapa ?" . bila awak sebut nama awak , saya terus terdiam . saya tak tahu nak cakap apa awak .

awak tanya saya , "kenapa ? terkejut ke ?" . of course saya terkejut , sebab awak menghilang punya laa lama . then tiba-tiba awak contact saya semula . kali terakhir awak contact saya . time awak marah-marah saya tuu . saya ingat lagi awakk . yea saya tahu awak tak ingat pun .

awak , awak tahu tak . masa tuu saya rasa geram sangat-sangat . awak bercakap dengan saya , macam tak pernah berlaku apa-apa antara kita . slumberland jea kan ? awak tanya hidup saya macam mana , itu ini itu ini . saya pun jawab ala kamdar jea .

memang saya sakit hati sangat . saya menangis masa tuu , dan awak boleh kesan saya menangis . tak sangka awak masih tak lupa kan apa saya buat kalau kita calling . . hmm ?

awak b0leh pula tanya saya , "awak , awak nangis ke . awak jangan laa nangis . kenapa nie awak ?"

yaAllah , luluh hati saya dengar . memang sweet suara awak masa tuu .

tapi , sweet awak dah tak mampu nak buat apa-apa . hati saya dah keras , awak . saya rasa macam saya dan benci sangat-sangat dekat awak .

bila saya cakap , "yea laa . dah awak hari tuu marah-marah saya , sekarang call saya pulak"

awak just cakap 'sorry awak' banyak kali . awak , your sorry don't mean anything anymore to me .

saya terus letak phone tadi . saya tak mampu nak berbicara dengan awak lagi . biarlah kisah kita terhenti sampai di sini . saya taknak ulangi kesilapan lalu . apa yang dah jadi biarkan berlalu .

awak text saya : "semoga berjaya dapat straight A . buat yang terbaik . doakan untuk saya yea . saya pun doakan untuk awak , kalau saya ingat laa . . k salam"

saya balas : "maaf , saya masih tak dapat terima perbuatan awak . assalamualaikum"

kemudian saya terus off handphone saya . saya menangis teruk betul tadi . saya tak mampu nak tahan lagi , saya tak daya nak menampung sebak nie lagi .

orang pernah kata , " jika hari ini anda membenci seseorang itu setengah mati , itu bererti anda pernah mencintainya setengah mati suatu ketika dahulu ."

yea . memang saya sedang melaluinya . dulu saya sayang bagai nak rak dekat awak . hari nie , saya memang benci sangat-sangat dekat awak .

saya minta maaf atas segala kesilapan saya selama ini terhadap saya .

even salah awak atau salah saya . memang saya yang selalu mengalah . jadi . kosong-kosong okays .

saya doakan yang terbaik untuk awak . mungkin ambil masa untuk luka ini sembuh sepenuhnya .

tapi saya yakin dengan adanya Allah , saya tidak sendirian . semoga awak berbahagia .

saya tinggalkan awak , kerana saya lebih cintakan Allah . saya harap awak berubah suatu hari nanti . .

assalamualaikum , awaakk . .


followers da smpai 1000..TQ all..

2011-2018 Copyright© All Rights Reserved Designed by : nur atikah