Kisah Cinta Kopi Masin

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Dia baru sahaja tamat belajar dan kini telah bergelar seorang doktor. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup.

Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah sekolah tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik.

Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.

Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.

"Astaghfirullah," bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya.

Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.

Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu, "Kau kenal ke gadis itu?"

"Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa. Dan masih belum berpunya lagi," jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!

Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata,

"Berikan saya kopi masin!"

Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.

Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"

"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut... masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini," jawab lelaki ini.

Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan mereka mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya.

Dia pasti lelaki itu adalah seorang yang menyintai dan mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sangat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.

Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di sekolah tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.

Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.

Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.

"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..

Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."

Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.

Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya, "Bagaimana rasa kopi yang masin?"

Dia dengan pastinya menjawab, "Rasanya manis sekali."

Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan, dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.

Kita Bercinta di Syurga Ya

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Berkali-kali dia menekan butang 'play' di radio hadapan. Mahu mendengar lagu daripada kumpulan kegemarannya, FarEast. Suasana di luar amat gelap. Sesekali kelihatan pancaran kilat beserta guruh. Sama-sama memeriahkan suasana malam di lebuhraya. Hujan sejak awal perjalanan tadi masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti mengalah. Hanya beberapa minit sebentar tadi hujan turun renyai-renyai.

Pemanduannya ditumpukan sepenuhnya di jalan yang sedang dilalui. Tahap keselamatan diletakkan pada tahap tertinggi di saat-saat begitu. Manakan tidak. Kiri kanan jalan, dipenuhi dengan kenderaan berat. Masing-masing memecut laju untuk ke destinasi yang dituju. Khuatir jika matanya berasa letih, sejak awal lagi dia sudah minum secawan kopi panas di hentian rehat setengah jam yang lalu. CD yang dimasukkan tadi, mungkin dapat membantu pemfokusannya berada pada tahap yang meyakinkan.

"Abang nak dengar lagu ape?"

Satu suara tiba-tiba memecah kesunyian perut kereta yang sedang meluncur laju.

"Sayang cuba tekan nombor 3.. dah lama abang tak dengar.. sedap lagu tu.."Balas Amin kepada isteri tercinta, Izyani. Dengan nada yang lembut, tetapi masih jelas didengari.

"Tajuk pe lagu tu?"

"Err.. Ade la.. Hehe.."

"Hek eh.. Nak rahsia-rahsia plak.."

"Suprise-surprise.. Lagu ni abang tujukan khas buat bidadari tercinta abang ni.." Ujar Amin bersahaja. Tangannya membelai manja pipi Izyani. Terasa kebahagiaan di situ.

"Romantiknye abang ni.."

"Mesti la.. untuk bidadari abang sorang ni je.."

Seketika kemudian, kedengaran lagu dimainkan. Izyani senyum, seraya memandang wajah suami di kerusi pemandu. Mendalam sekali setiap bait-bait lirik yang dilagukan.

Mekar di taman hati..

Cinta pertama..

Engkau ciptaan seni idaman kasih..

Antara bibir tersiratnya pekerti..

Kelembutan yang mendamaikan jiwa..

"Oo.. lagu ni rupenye.." Izyani sempat menyimpul satu senyuman manja buat sang suami di sebelah.

"Sayang suka lagu ni?"Soal Amin.

"Yup.. suka sangat-sangat.. dulu-dulu kat asrama, memang selalu sangat dengar lagu ni.. Masa remaja kan.. Dulu ada kawan-kawan yang sampai tunggu-tunggu kat radio untuk dengar lagu ni.."

Sayang tak tunggu kat radio?

"Hehe.. ada la gak nak wat camtu.. tapi tak sempat.."

"'First time' abang dengar lagu ni, abang akan fikir sorang-sorang.. sapa la calon isteri abang nanti.. sebab cinta yang Allah anugerah kat abang, abang nak kongsi dengan isteri abang ja.. dan abang selalu berdoa, untuk Allah anugerahkan kat abang, seorang yang solehah untuk sama-sama berkongsi cinta daripada Allah ni.. dan sekarang ni, Allah dah makbulkan doa abang.."
Bicara Amin panjang lebar.

Izyani di sebelah menarik nafas panjang. Lalu dihembuskan perlahan. Ada rasa terharu di hatinya. Syukur atas anugerah yang diberikan Allah. Mendapat suami yang soleh. Sentiasa meletakkan cinta atas dasar Iman dan taqwa. Sentiasa mengingatkan bahawa tidak ada satu pun milik kita di dunia.

Semua itu, hanya pinjaman sementara. Yang boleh ditarik balik, pada bila-bila masa. Bersedia atau tidak, bukan itu menjadi persoalan. Tepuk dada, tanya persediaan. Termasuklah dalam soal cinta. Cinta atas dasar kerana-Nya, akan sentiasa merasa bahagia.

"Tak percaya? Cubalah!" Kata-kata Ustazah Fatimah sejak di zaman matrikulasi dulu, sentiasa terngiang-ngiang di telinga. Dari situ, dia membulatkan tekad. Untuk bercinta hanya kepada suami. Disandarkan cinta itu hanya pada Illahi.

"Sayang pulak camna?"

Amin mengejutkan lamunan Izyani dengan soalan tadi. Perasaan tadi membuatkan dia berasa seperti berkhayal. Khayal dalam keasyikan bercinta bersama suami.

"Sayang akan tanya diri bila dengar lagu tu.. layak ke diri ni untuk terima 'cinta pertama'? Memang rasa tak layak sangat-sangat.. siapa la yang nak 'share' 'cinta pertama' dengan sayang.."

"Alolo.. Wat ayat sedey plak.."Amin memintas kata Izyani.

"Huhu.. yala.. mesti la sedey.. bukan la sedey, tapi camtu la kan.. sapa la kita ni.."

"Sekarang ni sedey lagi la?"Soal Amin ringkas.

"Tak dah!"Balas Izyani.

"Sebab?"

"Sebab tak sedey laa..." ^_^

"Oo.. kenakan abang ye.."

"Tak la.. tapi betul la.. sekarang tak sedey dah.. sebab Allah dah pinjamkan kat sayang seorang suami yang baik, soleh untuk sama-sama kongsi rasa seronok, sedih.."

Amin membelai lembut pipi Izyani. Dirapatkan sedikit tubuh isterinya, lalu dikucup dahi isteri tercinta.

"Semoga kita dapat bercinta lagi di Syurga nanti..Doanya di telinga Izyani..

"Ameen.."Balas Izyani.

Kelihatan kilauan cahaya cerah dari arah belakang kereta. Seperti memberi isyarat kecemasan. Amin memandang ke arah belakang melalui cermin sisi kereta.

"Lajunye kereta tu.."Getusnya di hati.

"Ya Allah!!"

Ayat itu tiba-tiba terpacul daripada mulutnya. Baru kini dia sedar. Mereka sedang berada pada lorong memotong.

Dammmmm!!

Satu hentaman kuat dari arah belakang. Keretanya gagal dikawal. Berputar-putar di tengah lautan kenderaan yang lain. Dapat dirasakan putaran itu amat kuat sekali. Akhirnya melanggar tembok pembahagi jalan.

***********************************************************************************

Dalam kebahagian, dijemput bertemu Yang Maha Esa?

Mustahil?

Semoga kita dapat bercinta di Syurga nanti..


Fitnah Gaya Moden

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

"Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita." (Shahih, HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda,

"Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau, dan sesungguhnya Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya, lalu Dia akan melihat bagaimana kalian berbuat. Maka berhati-hatilah kalian terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, karena awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya." (Shahih, HR. Muslim)

Pada zaman sekarang ini, kemajuan teknologi mempermudahkan pergaulan antara lelaki dan wanita dan salah satu medium yang di gunakan untuk berhubung ialah laman web sosial seperti Facebook, twitter, blog dan banyak lagi. Di dalam kesibukan kita bersosial dengan meng'update' 'status', meng'comment', me'like' dan macam-macam lagi sedarkah kita bahawa apa saja yang kita lakukan itu boleh menimbulkan fitnah? Terutama sekali sekiranya ia melibatkan perhubungan komunikasi sosial di antara lelaki dan wanita. Sedarkah kita setiap gerak-geri kita dapat di lihat dan di baca oleh orang ramai melalui status,komen dan gambar-gambar yang terpapar lalu kemungkinan besar fitnah akan tersebar?

Sebagai contoh untuk memperlihatkan mudahnya fitnah tersebar di Facebook:

A: "Eh kau sedar tak? Mr X tu selalu je 'like' status Miss Y,"
B: "A'aa! Aku pun prasan gak, kat 'news feed' hari tu aku terbaca Mr X 'comment' kat 'profile picture' Miss Y, siap dengan ketawa mesra-mesra lagi, jangan-jangan mereka 'couple' kot?"
C: "Eh korang ni, tak baik tau cakap benda-benda macam ni. Mereka kawan je kot. kan Miss Y tu adik kawan baik Mr X, lagi pun mereka kan ahli persatuan pelajar islam kat kolej kita tak mungkin mereka 'couple', kan 'couple' itu haram,"
A: "Eh tak kan cuma kawan? Aku tengok hari tu 'wall page' si Miss Y penuh dengan 'comment' dan 'like' dari Mr X. Yelah, aku tengah 'curious' sangat hari tu jadi aku cek lah 'wall page' mereka berdua,"
C: "Tapi mereka kan cakap tentang benda-benda biasa je dan bergurau tu kan biasa antara kawan, aku yakin mereka takkan terjebak dengan gejala 'couple' ni, jangan asyik berburuk sangka dengan orang,"
B: "Tapi kau tak tau kan kalau-kalau dorang bertukar 'inbox' antara satu sama lain?"
C: "..."

Contoh di atas mungkin kedengaran seperti mustahil kepada sesetengah orang tetapi perlu kita ingat fitnah itu datang dalam banyak bentuk sama ada jelas atau tidak dan kita sedari atau tidak kita sedari. Jadi apa salahnya kita mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghindari diri dari di 'gossip' hingga menjadi fitnah. Walaupun niat kita baik namun jika di lihat oleh mata luar mungkin ia akan menjadi fitnah jadi berhati-hatilah dalam mengunakan laman web sosial seperti Facebook ini.

Nasihat untuk semua jangan terlalu asyik bersosial dan jangan terpedaya dengan helah internet. Jangan lupa walaupun kita berada di alam maya dan bukan berinteraksi dengan nyata. Walaupun kita bukan berinteraksi dengan nyata, kita tetap wajib menjaga tatasusila yang berlandaskan agama islam yang melarang pergaulan tanpa sebab dan batas antara dua jantina. Sentiasalah beringat dan berwaspadalah akan fitnah yang mungkin timbul ketika kita asyik mengunakan kemudahan internet.

Tundukanlah pandangan mu di alam nyata dan alam maya.

Firman Allah dalam Surat An-Nuur: 30-31 yang ertinya:

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya..."


2011-2018 Copyright© All Rights Reserved Designed by : nur atikah