aku rndu,ukhuwah itu

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Setiap insan mencipta kemesraan dengan cara masing-masing. Kemesraan itu membuktikan erat sesebuah ikatan. Begitulah persahabatan ini. Indahnya kerana bersulam kemesraan. Dibajai dengan kejujuran dan disirami dengan kasih sayang.
Teruslah mencipta kemesraan dalam berukhuwah agar kemanisannya dapat dinikmati bersama. Hargailah ukhuwah yang terbina kerana ianya adalah anugerah. Kerana Allah kita bertemu, kerana-Nya kita berpisah. Pertemuan dan perpisahan, Di celahnya ada ukhuwah, ada memori tercipta. Terangkum sebuah perjalanan hidup yang dibina bersama-sama. Asam garam perjuangan, suka duka kehidupan, dan lebih penting lagi, darinya akan dicapai kemanisan iman.


Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah, 
Serpih demi serpih ia punah, 
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.


Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.


Sahabatku.. 
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.


Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah, 
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.


Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.

Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah, 
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.

jadilah sahabat yang baik… 
Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.

Binalah nilai seorg sahabat yg baik.

Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.

No comments:

2011-2018 Copyright© All Rights Reserved Designed by : nur atikah