Sayang,Izinkan Abang Nikah Satu Lagi....


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadihanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah.TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang...

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menujuke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasaputerinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini,anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannyadia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya.Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun,kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbirkesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujahapabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yangditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi,selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidakseperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dananak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalangbenar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nakberjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suaraisterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyahterlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanitayang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakahbuah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yangbukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalubersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang duniameletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zamandulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-garamenyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatanseumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidaksempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qisyang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujukQis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis,Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkandengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, iniQistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecilQistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggujugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidakberjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui kemana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantarQistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik.Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersamadengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid.Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secarabertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yangdulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya,apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah.Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersamaAbang."

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.


*****************************************************************************


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasamengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesitemuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abangmembawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyahyang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikutperedaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abangdiheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiripun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagiAbang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...


2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatahlagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi,masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abangmuntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kitasemuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pulaanak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...


3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu padazuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untukmengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman.Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyahsayangkan Abang...


Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkapsatu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaianselama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebihbaik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.


Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinanberpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiketpenerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putramengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilahkepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak.Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untukdijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding denganAliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untukAbangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapankegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.


Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.


May Allah blessed us

4 comments:

Mish Apple said...

dengan serius eden membaco!

BaiTiL a'tiQa said...

Memang ujian kalau tiba2....
"Abang nak kawin lagi satu"
Moga2 redha bukan pasrah.

Salam juang.

Nur Iman said...

@Mish Apple
huhu..serius bngt..kih3..

Nur Iman said...

@BaiTiL a'tiQa
insyaAllah..
:)

 
Copyright © 2010-2016 | iurprincess.blogspot.com | All Righted Reserved | Designed By : Nur