Pokok Yahudi:Gharqad/boxthorn


Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: "Tidak
akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang
Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh
oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di
sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan
katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada
Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara),
kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

Hadis ini
menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat.
Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang
dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat
membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka
berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan
diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera
Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu
pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu
pohon yang bernama Gharqad.

Dimaklumkan bahawa orang
Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara
berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi
tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi
sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran
hadis nabi saw....cuma keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan
mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi
umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya
tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok
Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus
dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat
menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang
pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia
tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.

CUBA ANDA BACA PULAK ARTIKEL DIBAWAH INI DAN RENUNGKAN SEKEJAPP...

Pokok Gharqad bukanlah pokok Yahudi. Cuma org Yahudi memahami Hadith tidaklah sama sebagaimana ulama-ulama Hadith yg mempelajari Hadith dan menyelami Hadith hingga ke dasarnya. Natijahnya daptlah difahami bahawa ada sesuatu yang tersembunyi dari Hadith tersebut kerana Nabi diam di penghujung sabdanya. Namun wajahnya menggambarkan perlunya merahsiakan sesuatu dari pengetahuan umum biarpun kepada org Islam sendiri. Mujur ada sahabat yg ditakdirkan Allah dapat melihat perubahan wajah Nabi. Namun kerana hormatnya dan cintanya pada nabi beliau tidak sanggup bertanya pada nabi akan sesuatu yg cuba dirahsiakan itu. Namun akhirnya berkat cinta dan kasihnya pada nabi itulah maka suatu hari Allah merezkikan dia dengan bertemu nabi di dalam mimpinya. Dan di dalam mimpi itulah Nabi memberitahu akan kesudahan Hadith tentang pokok gharqad itu. Gharqad itulah pokok yang akan sama-sama menjahanamkan bangsa Yahudi.

Logiknya, adakah Allah boleh ditipu oleh manusia yang bernama Yahudi dengan membiarkan Yahudi menanam pokok gharqad sebanyak-banyaknya tanpa halangan JIKA BENAR POKOK ITU AKAN MELINDUNGI YAHUDI? Hakikat yang kita tidak pernah tahu adalah, pokok itulah nantinya yang akan membantu memusnahkan bangsa Yahudi sedangkan batu-batu hanya diizinkan Tuhan untuk berkata-kata sahaja. Jelaslah, Allah sengaja membiarkan Yahudi menanam pokok gharqad semahunya hanya untuk memudahkan dan memenangkan agama Allah.

Oleh itu JANGAN DITEBANG POKOK GHARQAD INI.
Lagipun, adakah pokok ini pernah tumbuh di bumi Malaysia??

May Allah blessed us

4 comments:

Fatma Diyana MB. said...

wahh. menarik ! ;)

jalan hujung minggu, sambil baca entry baru. hee.

eka said...

@Fatma Diyana MB.tq..
:)

Onitsuka_hana said...

wujud ek pokok nie.. da kat ngara sna ek skrg nie..huhu

eka said...

@Onitsuka_hanahehe..
sbnarnye eka pon xtao..hik3..

 
Copyright © 2010-2016 | iurprincess.blogspot.com | All Righted Reserved | Designed By : Nur