Dosa Percuma

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Assalamualaikum.. ambik dari iluvislam.com..bace la yer..xsampai satu jam pon..artikel ini amat penting bg kaum wanita..tolong bace..amat penting..Bukalah hati anda..fikirlah..dunia kita bukan hanya di sini..
Sambil melihat blog-blog yang ada, aku melewati blog Ustaz Zaharuddin. Aku tertarik dengan artikel mengenai rintihan seorang lelaki. Aku mula berfikir untuk ke sekian kalinya tentang isu hak dan kesaksamaan antara lelaki dan perempuan. Perempuan ketika ini cukup bijak berkata-kata memperjuangkan hak yang sama rata dengan lelaki. Sehinggakan sampai ke tahap perempuan juga perlu pandai bermain bola sepak dan menjadi imam kepada makmum bercampur lelaki dan perempuan.
Dalam sibuk memperjuangkan hak-hak wanita, mereka ni juga lupa bahawa mereka seperti menolak hak kaum lelaki untuk bergerak bebas tanpa ada rasa konflik dalam diri. Tentunya hak untuk melihat persekitaran tanpa timbul nafsu serakah yang membuak-buak. Kenapa aku timbulkan isu ni? Berbalik pada isu perempuan bertudung. Ada antara mereka yang tidak tahu apakah panduan untuk bertudung.
Ada yang mengatakan bertudung sudah mencukupi. Tetapi, tahu ke tak yang bertudung sahaja tidak mencukupi sebagai syarat menutup aurat.
Jom kita lihat kesalahan wanita tentang menutup aurat.
Pertama, ada yang kata, aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
Kedua, ada yang kata nak bertudung dan berlengan pendek sudah memadai.
Ada juga yang berpakaian cantik, berkebaya yang longgar, bertudung menutupi dada.Tapi, bila angin bertiup, terus terbuka belahan kat kain dan ternampaklah betis bunting padi.Pak Aji yang ternampak pun terus tutup mata dengan jari yang direnggangkan.Astaghfirullah.
Ada juga yang rasa berselendang menutup sebahagian rambut sudah mencukupi. Baru nampak stylo katanya.
Yang lain pula, memang cukup suka menyelempangkan tudung yang dipakainya kebelakang leher. Maka, terdedahlah permata yang sentiasa menjadi idaman lelaki.
Dan satu lagi, bertudung tapi tudungnya nipis. Maka nampaklah batang leher yang jinjang.Macam tudung bawal, tudung tenggiri.Aku pun pelik kenapa ada yang suka pakai tudung-tudung macam tu. Memang cantik sebab ada batu-batu lawa. Tapi, tak bolehkah cari tudung yang tidak jarang? Atau pakai tudung kecil di dalamnya.
Dan yang menjadi trend masa kini adalah bertudung yang pendek tidak menutupi dada. Cuba bandingkan antara cara pemakaian tudung rahib kristian dengan kawan kita yang sorang ni. Sama tak?
Ketahuilah, orang Kristian dan Yahudi juga bertudung. Dan ketahuilah juga bahawa orang Islam perlu dibezakan dari mereka. Kenapa? Sebab setiap orang itu ada identiti masing-masing. Kenapa perlu menyerupai orang lain ketika kita mampu berdiri dengan identiti kita sendiri? Dalam hadis sendiri sudah dinyatakan.
Ibnu Taimiyah berkata bahwa Abu Dawud telah meriwayatkan sebuah hadits hasan dari Ibnu 'Umar, ia berkata bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barang siapa meniru suatu kaum maka dia termasuk golongan mereka."
Hadits di atas menetapkan haramnya meniru mereka dan secara zahirnya menunjukkan bahawa perbuatan itu merupakan perbuatan kufur sebagaimana tersebut pada firman Allah pada surah Al Maidah ayat 51:
"Barang siapa di antara kamu yang berteman dengan mereka, maka sesungguhnya ia termasuk golongan mereka."
Islam begitu teliti, hinggakan nabi s.a.w. sendiri melarang orang Islam meniru cara orang Yahudi tentang uban di rambut.
"Rubahlah uban rambut kepala kamu dan jangan kamu meniru kaum Yahudi."
(Riwayat At-Tirmizi).
Orang Kristian, bertudung dan tudungnya tidak melabuhi dada. Tudungnya juga diikat sedikit ke belakang. Sama seperti yang diamalkan oleh kebanyakan wanita Muslim sekarang. Tidakkah itu termasuk dalam larangan meniru gaya bukan Muslim?
Orang Yahudi pula, bertudung, tetapi diselempangkan ke belakang lehernya. Itu juga yang dijadikan amalan dan fesyen busana muslimah.
Nak tahu cara sebenar bertudung muslimah yang sempurna? Baca sini untuk lebih lanjut. Artikel tu menerangkan dengan terperinci macamana sebenarnya bertudung dan menutup aurat. Cuma, secara amnya, bertudung, biarlah labuh menutupi dada. Berpakaian longgar dan tidak jarang sehingga boleh menampakkan susuk tubuh. Tidak berkain belah. Itulah ciri-cirinya.
Manis kan?
Jadi, apabila terbaca artikel kat blog Ustaz Zaharuddin , fikirkan semula sejauh mana kita sebagai kaum wanita menjaga hak lelaki dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Kita menghina lelaki yang mencabul kehormatan wanita lain. Puas dikata dan diumpat. Tetapi, jika dilihat semula, wanita itu mungkin 'sengaja' menduga lelaki itu dengan cara dia berpakaian. Maka, orang kata, bertemu buku dengan ruaslah.
Nanti! Mungkin ada juga yang berkata bahawa wanita yang dicabulnya juga menutup aurat. Memang mengikut syariat. Tetapi kenapa dia tetap kena? Kewajipan menutup aurat ni diletakkan ke atas setiap wanita. Dengan kata lain, setiap wanita bertanggungjawab menjaga auratnya dari dilihat lelaki bukan muhrim. Maka, jika seorang tidak menutup aurat, secara tidak langsung, dia telah mendedahkan wanita lain dengan risiko untuk dicabul kehormatannya. Mungkin dia terselamat, tetapi wanita lain yang terkena hanya kerana sikap tidak bertanggungjawabnya pada diri sendiri dan orang lain. Dengan kata lain, dia adalah penyebab kepada rakan wanita yang dicabul kehormatannya.
kita menutup aurat kita tapi pada masa yang sama kita membuka ruang untuk dapat dosa percuma.Kerana tudung kita tidak sempurna!
Ayuh , kita sempurnakan tudung kita !
A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan sifat yang lemah lembut.
A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan akhlak yang baik.
A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan kata-kata yang baik.
A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan solat.
TETAPI...
A.U.R.A.T
Akan tertutup dengan pakaian yang sempurna. Maka, sempurnakanlah pemakaian kita. Jom tutup aurat dengan betul.
Ya Allah..berapa ramaikah wanita yang menjaga aurat mereka dengan betul dan tidak menjadikan "TUDUNG" itu sebagai style pada masa kini..

30 comments:

sherah said...

bagus entry nie..sya ada bt gak dulu...tpi x se detail nih..huhu..truskan berdakwah..good job ! ^^

ika said...

@sherahhuhu..tenkiu..bkan ap..akhir zaman ni..jadi biase cam 2..:)

Anonymous said...

ika entry yang bagus, tapi perluaskan lagi ilmu agama anda, jgn bergantung kepada iloveislam juga, tapi anda harus belajar dan buat entry anda sendiri, sebab itu kena belajar pasal agama, setakat ambil dlm iloveislam pun ok jugak tapi mungkin orang dah baca, apa kata anda perluaskan dengan HASIL PENULISAN ANDA sendiri, anda kan kreatif ! GOOD JOB :)

Ainn Hazwany said...

best entry nii.. hahahaa..;)

ika said...

@Anonymoustenkiu..sbb bg nchat..huhu..dalam proses..hehe..eka xreti lgi la nk tlis sndri..tp eka akan cube..huhu.ap2 pon..thankz yer..:)npe anonymous yer..

ika said...

@Ainn Hazwanytenkiu ain..huhu..jgn lupa jenguk2 blog eka..bce entry yg laen..huhu..:)

CintaZulaikha said...

entry yang sngat bagusss..tp memakai selendang yang labuh juga boley kan~~kekadang manusia senang terkeliru~~

ika said...

@CintaZulaikhaxtau la eka lau cam 2..huhu..tp biala lbuh n yg pntg tutup aurat 2..:)..haha..sng2 je gtau..hehe..btol 2..klru

Unknown said...

wow.. ni memang cukop mantap!! arigatou for the sharing..^_^

ika said...

@shezwanok..huhu..yela..sye amik dri iluvislam..hehe..tq krna sudi bce..hehe

soleha said...

kak eka..entry yg sgt bermkne.... sy copy yer..

soleha said...

kak eka..entry yg sgt bermkne.... sy copy yer..

ika said...

@solehableh dik..huhu..copy la..kak eka amik dri iluvislam.com jer..edit ckit..huhu

PinqyFatin said...

alhamdulillah..
thanx sebab sudi berkongsi ilmu...huhuhu
http://pinqytaraturuu.blogspot.com

ika said...

@pinqy taraturuu same..huhu..
taraturuu 2 ape..hehe..
blog pinqy erk..t eka jenguk2..huhu

Diyanieee said...

menarik entry nie..
nak share nati blh tak?? :)

ika said...

@MiSzy DiaNbleh..huhu..share la..:)

cikNiarun said...

huhu..eka.thanks sebab buat entry ni.baru saya tau.huhu

ika said...

@nurainur welcme..hehe..
sbarla jgak erk

Anis Anira said...

assalamualaikum..
u have a very nice blog. sangat suka ^^

ika said...

@Anis Anirawslam..tq..:)..i just want to share..:)..

ika said...

@Anis Anirawslam..tq..:)..i just want to share..:)..

Kekunci Merah said...

salam..

ske entri ni..1st time belog ni..terpikat dgn entri!! thanx ats pengetahuan yg diberi..

salam kenal dari cik bebel..

ika said...

@RUZZEZANIEwslam..huhu..tq..jenguk2 lal lagi blog eka erk

nice to know u..
huhu

pet said...

ty follow, already follow anda~ nice blog anyway :)

ika said...

@~~oOpEt~~ur welcome..
tq follow sye..:)

syairahmohdanuar said...

saya tak suka tengok pompuan bertudung tapi pakai lengan pendek :(

ika said...

@syairahmohdanuarbtol 2..huhu..
tp rmai yg mcm 2..
kan?

izyan said...

terima kasih utk peringatan ni :)

ika said...

@nuR izyansame2..huhu
share la jgk erk

2011-2018 Copyright© All Rights Reserved Designed by : nur atikah