Airmata Nabi Adam A.S.

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagisehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam ituAllah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyuyang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan airminum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluardan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasanafas itu keluar dan masuk?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

1. Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

2. Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

3. Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :"Cahaya yang pertama ialah

cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil airsembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah

cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah

cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama"Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timurhingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yangkau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat, orang yang bercakaptentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak."

p/s:tempahan header telah ditutup..


May Allah blessed us

8 comments:

farez said...

artikel yg bgus..sy suka...=)
teruskan mmperbykkan artikel sperti ini

Fatma Diyana MB. said...

artikel yang menarik ;)

eka said...

@farezterima ksih..
insyaAllah

eka said...

@Fatma Diyana MB.huhu
tq fatma..
:)

cantekk said...

ermm thanx kongsi ilmu,,,
insya Allah bermanfaat :)

eka said...

@cantekkur welcome
huhu..:)

Anis said...

i like this article...

eka said...

@Anistenkiu..:)

 
Copyright © 2010-2016 | iurprincess.blogspot.com | All Righted Reserved | Designed By : Nur