Adakah Kita Bertemu Dengan Orang Yang Salah?

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Assalamualaikum..tadi ader terbaca artikel yang menarik di iluvislam.com..jadi eka nak kongsi jgk kat rakan2..jom kiter bace..

Terkadang kita terfikir,

adakah kita bertemu dengan orang yang salah?

teman sekerja yang tak 'ngam'?

kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?

housemate yang menyakitkan hati ( sebab tak reti basuh pinggan, cakap pedas,dan sebagainya)?

ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?

( atau even adik beradik atau family kita yang kita tak boleh nak faham perangai mereka?)

((jangan ingat entry ini hanya untuk cinta cinta sahaja, okey?))

sebab hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.

sebab pelbagainya manusia yang kita temui di dunia ini. Terlalu ramai manusia dengan pelbagai karenahnya.

kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa.....

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. ( Alhujurat: 13)

untuk lita'arafu..

untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.

Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.

Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.

Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.

Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri. apatah lagi memutuskan silaturrahmi.

Walaupun diri kita dengan dia,

satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..

Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?

Di situlah, kita kena sentiasa berusaha mencari titik persamaan...

Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.

Takkan!

Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.

Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.

Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.

Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.

Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita:

akan kekurangan diri kita sendiri.

Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati kata-kata hikmah Arab.

Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,

Untuk kita belajar sesuatu darinya.

Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan..

Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.

Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.

Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah

Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?

Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.

Itulah dia Allah.

Kerana dihitung perbezaan-bezaan , memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.

Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita insyaallah.

And He Knows best.

Wallahualam

bersabar, dan teruslah berdoa.

Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

Terima kasih kerana sudi membace..

16 comments:

Unknown said...

betul3.. semuanya telah ditakdirkan oleh Allah.. ^_^

ika said...

@shezwanyep..kita manusia hnya mampu merancang..(:

Ezzah Memo said...

setiap yang berlaku ada hikmah. uhu. tengs eka. entri yang berguna.

ika said...

@Memo_Hazelbtol 2 memo..huhu..sbb Allah tau ap yg terbaik untuk kite..kdg2 mmg kite ase mcm 2..huhu..welcome..
just nk shre jer..:)

Anonymous said...

ye la, sll ckp 'bertemu dgn org yg slah' ...erghh tak baek kan

*aku la tu

eka, thanks share post ni, mmg la...bkn ttg pasangan hdp je, tp adk bdik sume la.. addoy

ika said...

@cantekkhehe..ehh..nape plak cantekk ckp macam 2..hek3..xbaek3..kih3..btol 2..sume la..xkira la ap2 pon..ataupon sape2..huk3

dwatyKNY said...

suka sangat.... nice info eka....

actually saya terkena yang... "housmate yang kadang2 menyakitkan hati...suka letak pingan kat singki lama"... tp bila mak dah pesan buat kerja biar ikhlas... saya positifkan diri...

ika said...

@dwatyowhh..biaser la 2..huhu..mesti ade jgk yg perangai mcm 2..:)..sabor jela..same2..:)..just nak kongsi..hehe..btol 2 ..nak bt sesuatu kne ikhlas

LindaRahim said...

Allah maha mengetahui...

SyaA_eEAa said...

btol2..
trime ngn redha an :)

SyaA_eEAa said...

btol2..
trime ngn redha an :)

LADYHEART said...

best info.! hee..

follow kamu jgk..

ika said...

@LindaRahimbtol 2..huhu..:)..tq..

ika said...

@SyAE SyEayep..pasti ader hikmah di sebaliknyer...:)

deDetz said...

salam sejahtera & salam persahabatan ya eka :) keep in touch

ika said...

@Ace3103tenkiu..huhu..eka da follow awk..slm pknlan..:)

2011-2018 Copyright© All Rights Reserved Designed by : nur atikah