Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan:

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

"Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat."

8 comments:

Doppelganger said...

info yg betul2 membuka minda.. sebelum nie, saya xtow pasal nie.. dan saya yakin, rmai kawan2 kite yg xtow.. erm.. saya like ea? utk bacaan kwn2 fesbuk saya...

ika said...

@aZiebleh azie..sye thu thun lpas..yg ustaz idrus 2..tp sye xjmpa ag artcle ni..jd eka search la..akhirnye jmper jgak..huhu...yep..eka ase rmai ag yg xtau..bnda2 mcm ni xbleh bt maen2 la..jadi kite same2 sebarkan..yer

Miss Euoni said...

kalo mcm ni , bg yg playboy or playgirl tu .. memang sah la dorang dh ade byk tunang kan ?..

ika said...

@Miss Euoni hhaha..xtau la yg 2..rmai kot..tp jgn lbh dr 4owg sdah..huhu..btol x??2 la..bnda2 cam ni kne pk dlu sblm bt kptsn..

Nini Hartini said...

bagus lah ada entry mcm ni. Akak pun pernah dgr di youtube dr ustaz idrus..

tp mmg sblm tu akk dah tetapkan klu setuju utk terima ssorg tu, means kami sudah terikat (tunang). Sampaikan ada yg x sanggup nk declare ngn akak sbb x sedia nk tunang. Bercinta nak, tunang x nak. Mcm tu mmg akk x kn teruskan hbgn... sbb ada jenis lelaki nk bercinta konon nk kenal dulu...tp bila dgr yg klu terima declare means dh tunang, terus x jadi declare. hampeh kan? huhu..

Malas nk bercinta lama-lama. Bila ada yg masuk, setuju tunang, dan nikah, jalan terus lah :)

ika said...

@♥NiniHartini♥huhu..btol 2 kak..g pon bt ap lau lame2 xkawen jgk..sng2 cam 2 la..hehe..g pon zman skunk ni..mcm2 yg blaku..bnda2 mcm ni eka ase rmai ag la yg xtau..huhu..kak share la jgak erk entry ni..huhu..sape2 yg nak share 2 d persilakan..:)

Unknown said...

bagus entry ni...


jijah pon ade buat entry ni sebelum ni...singgah la yer...



http://nurazizahyahaya.blogspot.com/2010/11/bila-kita-boleh-menjadi-tunangan-orang.html

ika said...

@Cik Azizah tq..huhu..t eka tgk erk..

2011-2018 Copyright© All Rights Reserved Designed by : nur atikah